Saturday, September 04, 2010
   
Text Size

Newsfeeds

Sunday, September 05, 2010, 05.56 AM
  • Seruan umat Islam bersatu bukan saranan politik: Muhyiddin
    MUAR: Usaha supaya umat Islam negara ini bersatu padu bukan cadangan yang bersifat politik tetapi adalah perkara yang amat dituntut oleh agama, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  • 10 maut hari pertama Ops Sikap ke-22
    KUALA LUMPUR: Sepuluh kematian dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap ke-22 semalam.

  • Kementerian Pengangkutan minta polis segera hantar saman ekor
    LUMUT: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, meminta polis memastikan semua saman ekor yang dikeluarkan sepanjang Ops Sikap ke-22 yang bermula semalam dapat disampaikan dengan kadar segera bagi mengelak kesulitan kepada penerima.

  • PM mahu SKMM ambil tindakan tegas salah laku dalam internet
    PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati memuatkan sebarang artikel atau kenyataan sensitif dan menghina agama di laman web atau laman sosial.

  • Anak Exco Kedah maut nahas
    SUNGAI PETANI: Anak kedua Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib, meninggal dunia malam tadi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Selambau dekat sini, Khamis lalu.

  • Rakyat Malaysia di New Zealand selamat
    WELLINGTON: Semua rakyat Malaysia yang berada di South Island, New Zealand dilapor selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter, iaitu yang terbesar bagi tempoh 80 tahun di negara itu, awal pagi ini.

  • Presiden SUPP enggan dedah hasil pertemuan dengan PM
    MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, setakat ini enggan mendedahkan hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak.

  • Tiada yang terlepas jika hina agama: Muhyiddin
    KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tidak ada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah menghina mana-mana agama yang diamalkan rakyat di negara ini.

  • Semua pembanci terima bayaran sebelum raya: Nor Mohamed
    TASEK GELUGOR: Semua petugas kontrak untuk Banci Tahun 2010 akan menerima bayaran gaji dan elaun masing-masing sebelum sambutan Aidilfitri minggu depan.

  • Tunjuk bukti sebelum tuduh: Azhar
    KEPALA BATAS: Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, mahu pakatan pembangkang menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mengatakan UMNO menyebarkan gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menyembelih seekor lembu dalam satu majlis.