Saturday, September 04, 2010
   
Text Size

Maklumat Pendidkan Khas

CARTA ORGANISASI PKBP SK BUKIT GAMBIR

 

 

 

PERINCIAN TUGAS

Penyelaras

-          Mengurus pentadbiran kelas pendidikan khas secara keseluruhan.

-          Memastikan segala perancangan strategik jangka panjang dan jangka pendek kelas pendidikan khas berjalan dengan lancar.

-          Sentiasa mengemaskini maklumat murid dan guru

-          Sentiasa berhubung terus dengan pihak pentadbiran sekolah dan JPN untuk sebarang maklumat dan masalah berkenaan pendidikan khas.

-          Menjadi jurucakap rasmi kepada kelas pendidikan khas.

-          Mempengerusikan mesyuarat di peringkat kelas pendidikan khas.

 

 

Penolong Penyelaras

-          Membantu kerja-kerja penyelaras.

-          Memangku jawatan penyelaras sewaktu ketiadaannya.

-          Melakukan tugas-tugas kesetiausahaan diperingkat kelas pendidikan khas.

Bendahari

-          Mengurus segala pengurusan kewangan kelas pendidikan khas.

-          Bertanggunggjawab terhadap tabung kelas dan murid-murid.

-          Bertanggunggjawab terhadap buku akaun kewangan kelas pendidikan khas.

Ketua Unit Kebajikan

-          Sentiasa memastikan kebajikan guru-guru dan murid-murid terbela.

-          Memantau secara berterusan tahap kesihatan para pelajar.

-          Mengambil tindakan sewajar terhadap murid-murid yang mengalami masalah kesihatan sewaktu berada di sekolah.

-          Memastikan sebab-sebab ketidakhadiran murid, dan melaporkan terus kepada penyelaras.

Ketua Unit Kurikulum Dan Ko-Kurikulum

-          Merangka dan mengurus aktiviti-aktiviti kurikulum kelas pendidikan khas.

-          Merangka dan mengurus aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kelas pendidikan khas.

-          Merancang dan menguruskan aktiviti-aktiviti berbentuk lawatan dan terapi.

Pembantu Pengurusan Murid

-          Membuka kelas dan menyiapkan peralatan P&P.

-          Menyambut kehadiran murid.

-          Mengurus murid ke tandas (toilet training).

-          Kawalan kelas dan mengatur murid dalam kumpulan masing-masing.

-          Mengatur dan membawa murid ke kantin dan mengawal murid semasa makan

-          Mengurus murid yang bermasalah fizikal atau yang memerlukan bantuan.

-          Menyiapkan murid untuk bersedia untuk P&P.

-          Membimbing murid mengikut masa yang sepatutnya.

-          Mengemas kelas,menyusun buku, mengurus peralatan P&P (ABM) dan mengurus susunatur  meja dan kerusi murid.

-          Menyapu dan mengemop lantai kelas, mengelap cermin tingkap kelas,mencuci tandas dan bilik air, dan mengemas dapur.

-          Membuat inventori kelas dan merekod pembelian bahan dan peralatan.

-          Merekod perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk kelas pendidikan khas.

-          Membantu penyelaras dalam hal-hal pentadbiran.

-          Lain-lain yang tersenarai dalam kandungan lampiran bidang tugas skim perkhidmatan pembantu pengurusan murid.