Saturday, September 04, 2010
   
Text Size

Yuran Persekolahan 2010

Kepada Semua Ibubapa Kelas Pendidikan Khas dan Tahun 1-6 Sek. Keb. Bukit Gambir, Pulau Pinang.

 Pihak sekolah telah mendapat kebenaran untuk membuat kutipan bayaran tambahan bagi tahun 2010 untuk kepentingan para pelajar.

 

Tuan,

KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk memungut bayaran tambahan tahun 2010. Jenis dan jumlah bayaran yang telah dibenarkan adalah seperti berikut: 

Bil Jenis Bayaran   Jumlah
1 Kokurikulum RM 3.00
2 Kertas Ujian RM 10.00
3 Pen. Islam & Pen. Moral RM 4.00
4 Sukan Tahunan RM 4.00
5 MSSPP RM 2.00
6 Insuran Takaful RM 1.50
Jumlah Bayaran RM 24.50

 

4.       Kutipan sejumlah RM 24.50 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Empat dan Sen Lima Puluh Sahaja). Tuan diharap dapat menjelaskan kutipan tersebut kepada guru kelas masing-masing mulai bulan ini. Kerjasama dan keprihatin tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 Saya yang menurut perintah,

  (JAMALIAH BINTI MAT)

  Guru Besar

  SK Bukit Gambir