Thursday, February 23, 2012
   
Text Size

Portal ZOOM-A

PORTAL ZOOM A (PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET)

Seiring dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah telah mendaftar SKBG dalam portal Zoom A. Portal ini yang bernaung di bawah Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia menerapkan pembelajaran interaktif melalui internet yang mengandungi soalan-soalan peperiksaan berbentuk ujian topikal, soalan klon mengikut tahun peperiksaan, dan ujian pengukuhan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pelajar. Ia terbuka kepada semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

 


Pertanyaan juga boleh diajukan kepada YDP PIBG melalui emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau talian 04-6532644 (waktu pejabat sahaja).

Bagi ibubapa dan penjaga murid yang berminat, boleh membuat langganan RM10.00 setahun bagi setiap pelajar tanpa mengira bulan mulai melanggan (tamat pada akhir Januari 2012) sama ada dengan membuat pendaftaran sendiri melalui pembayaran online (sila klik) (tiada tarikh tutup) atau melalui Guru Kelas anak-anak tuan/puan selewat-lewatnya 15 Ogos 2011. Seterusnya, pihak PIBG akan membuat pendaftaran dan tuan/puan akan mendapat ‘tiket langganan’ untuk pengaktifan akaun. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.zoom-a.com/.