Thursday, February 23, 2012
   
Text Size

Info Dari PIBG Untuk Ibubapa

Tahniah

Ucapan tahniah kepada 21 pelajar SKBG yang mendapat 5A dan 10 pelajar mendapat 4A dalam keputusan peperiksaan UPSR yang diperolehi semalam. Juga tahniah kepada para ibubapa mereka.

berjaya

Mudik ke hulu menaiki perahu           

Mencari ikan dengan pukat

Jangan dilupakan jasa guru

Moga kejayaan disusuli berkat

 

   

Yuran sekolah 2012 Percuma Tapi Yuran PIBG Mahal

Antara isu berkaitan PIBG untuk renungan bersama...

"Adalah lebih baik yuran sekolah untuk tahun 2012 dikekalkan yang hanya sebanyak RM33.50. Sebaliknya Yuran PIBG yang ada sekolah sampai RM 200 mungkin ada yang sampai RM 400 seorang pelajar dihadkan hanya kepada RM 30 sekeluarga. Apalah guna kita gembira menyambut pemansuhan yuran sekolah yang sedikit sedangkan yuran PIBG masih mahal.

 

Read more: Yuran sekolah 2012 Percuma Tapi Yuran PIBG Mahal

   

Semoga Cemerlang Dalam UPSR

Iringan doa dan harapan untuk calon-calon UPSR di SKBG.

Tenangkan hati, bulatkan tekad, fokuskan matlamat.

Buat yang terbaik untuk DIRI dan KELUARGA.

Ayah dan Ibu sentiasa mendoakan kejayaanmu

exam   5a

Semoga Berjaya!!

   

Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR DAN SASARAN SKOR 5A UPSR 2011 ANJURAN PIBG SKBG

Objektif : Menjadikan SKBG antara 5 sekolah terbaik di Pulau Pinang (sasaran 5A lebih 30% dan sasaran lulus lebih 95%).

Butiran program :

  • Tarikh : 23hb Ogos 2011 (Selasa)
  • Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengahari
  • Tempat : Dewan Sekolah SKBG
  • Bayaran : RM 25 (RM10 akan ditaja oleh PIBG)
  • Penceramah : Dr. Shahabudin Al-Ustaz Mun dari Pusat Motivasi Elit, Klang, Selangor

 

Read more: Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR

   

Portal ZOOM-A

PORTAL ZOOM A (PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET)

Seiring dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah telah mendaftar SKBG dalam portal Zoom A. Portal ini yang bernaung di bawah Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia menerapkan pembelajaran interaktif melalui internet yang mengandungi soalan-soalan peperiksaan berbentuk ujian topikal, soalan klon mengikut tahun peperiksaan, dan ujian pengukuhan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pelajar. Ia terbuka kepada semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Read more: Portal ZOOM-A